Kamis, 13 Desember 2007

Kuala Penyu

Daerah Kuala Penyu Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Setompok yang membawa nama asal dengan sebutan "Setompok" telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu.
Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping menjimatkan masa perjalanan melalui Membakut/Pimping pengunjung juga berpeluang menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Setompok.

Kemudahan Asas Hampir kesemua kampung-kampung di sekitar daerah Kuala Penyu boleh dihubungi melalui jalanraya. Sejauh 105km jalanraya gravel (main roads) adalah jalan JKR. Sejauh 106.25km pula jalanraya di daerah ini dibina oleh Majlis Daerah.

Hampir keseluruhan kampung-kampung di sekitar daerah ini kini telah menikmati bekalan letrik. 80% kampung-kampung di daerah ini telah menikmati kemudahan bekalan air. Selain daripada Syarikat Telekom Malaysia, Syarikat CELCOM juga telah memulakan khidmat operasi mereka di daerah Kuala Penyu ini.

Kuala Penyu mempunyai sebuah Bangunan Perpustakaan yang dijalankan oleh empat orang kakitangan dengan koleksi buku sebanyak 22,000 buah (Bahasa melayu, Inggeris dan Cina). Bangunan Perpustakaan ini akan dinaikkan taraf ke Bangunan Perpustakaan Baru dalam RM7.

Kuala Penyu mempunyai tiga buah Sekolah Menengah dan 26 buah Sekolah Rendah. Pusat Kesihatan daerah Kuala Penyu mempunyai kakitangan seramai 12 orang. Purata pesakit yang dirawat di daerah ini ialah 70 orang sehari. Pusat Kesihatan ini kini dalam cadangan Rancangan Malaysia ke 7 untuk dinaikkan taraf Hospital. Selain Pusat Kesihatan, daerah ini juga mempunyai tiga buah Klinik Desa, satu buah Klinik Kesihatan Ibu dan kanak-kanak yang merawat / menerima ibu yang mengandung seramai 30 orang dalam seminggu, 60 orang kanak-kanak dalam seminggu dan melakukan kerja rawatan ibu bersalin seramai 20 orang dalam sebulan.

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Kuala Penyu ialah:-


Perkhidmatan Pos
Balas Polis yang diketuai oleh seorang Pegawai yang berpangkat Ketua Balai Polis
Perkhidmatan Kastam
Sejarah Kuala Penyu Pusat pentadbiran daerah Kuala Penyu telah diwujudkan pada 30 Januari 1952 dengan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah di bawah kelolaan Pentadbiran Pejabat Residen Keningau ketika itu. Semasa zaman pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia kedua, pusat pentadbiran daerah ini berpusat di Mempakul.

Geografi Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan kurang lebih 175 batu persegi (45,324.82 hektar) terletak di kawasan Pedalaman negeri Sabah. Ia terletak di penghujung Barat Laut Bahagian Pedalaman, bersempatan dengan daerah Beaufort ke arah Barat Laut China Selatan dan diseberangi Selat ke arah penghujung Barat Daya adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Jarak jauh daerah ini dari Kota Kinabalu ialah 130KM, dari Beaufort 45KM, Menumbok 45KM dan Membakut 30KM. Ia boleh dihubungi dengan bot laju ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui Menumbok. Hampir kesemua kampung-kampung di daerah ini dihubungi dengan jalanraya.

Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan 45,326 hektar atau 112,000 ekar. Daripada jumlah keluasan ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar atau 51% tanahnya adalah sesuai untuk diusahakan pembangunan aktiviti pertanian.

Dari segi Geografi, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali dipersisiran pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort. Rangkaian jalanraya merupakan jalan utama kepada sistem perhubungan ke kampung-kampung di daerah ini.

Iklim Keadaan cuaca daerah ini agak kering. Cuaca panas biasanya bermula pada bulan Januari hingga bulan April manakala musim hujan biasanya bermula pada bulan Mei hingga Disember. Purata suhu ialah diantara 70 - 80 F. Purata curahan hujan bulanan ialah 178mm, manakala jumlah curahan hujan setahun ialah diantara 1582.4mm hingga 3024.6mm.

Tempat-tempat Menarik Kuala Penyu
Taman Pulau Tiga
Pengenalan dan lokasi
Pulau Tiga, pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978.

Taman negara pulau Tiga (sekarang dikenali Taman Pulau Tiga) meliputi keluasan 39,000 (15, 864 hektar). Pulau Tiga sendir, mempunyai keluasan 1,500 ekar (607 hektar), manakala selebihnya adalah meliputi kawasan laut bunga karang termasuklah dua pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit (Pulau Ular).

Taman Pulau Tiga, terletak di kawasan Telok Kimanis, kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan Kuala Penyu adalah merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan menaiki bot dari Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 45 minit. Para pelaawt dari Kota Kinabalu atau W.P. Labuan, boleh menggunakan speed boat (bot laju) dan biasanya memakan masa 90 minit.

Daya tarikan yang terdapat di Taman Pulau Tiga
Selain daripda keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar, seperti hutan dara, tumbuhan bakau (mangrove), pantai-pantai yang berkilauan, di Taman Pulau Tiga memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat lebih kurang 60 species burung, termasuklah burung Tambun (Megapodius freycinet) yang merupakan endemik species, di kepulauan Borneo. Selain daripada burung-burung, Taman Pulau Tiga juga turut dihumi oleh beberapa jenis binatang liar seperti Monyet (maccaca fasicularis), biawak (Eguana) dan berpuluh ribu ekor Keluang (Flying fox). Manakala di Pulau Kalampunian Damit (Pulau ular), para pelawat dapat menyaksikan beratus-ratus ekor ular laut (Laticuda Calubrina) yang menjadi penghuni tetap di pulau tersebut. Pulau Ular (Snake Island) sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelawat dari luar negara.

Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beranika jenis hidupan laut, termasuklah bunga karng, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tecantik di dunia.

Turut menjadi daya tarikan pada para pelawat, ialah beberapa kawasan "Gunung Berapi Lumpur" (Mud Volcano) dan juga sarang-sarang Burung Tambun yang terdapat dipersisirian pantai.

Tidak ada komentar: